+60 13 211 5983

Tentang Kami

Tentang Kami

Tercetus idea GrabNgaji, bermula dengan kelas tadabbur Al-Quran secara santai dan percuma sejak April 2013 dengan hanya 2 orang tenaga pengajar. Sambutan yang semakin menggalakkan dan luar biasa membawa kepada keputusan untuk menubuhkan syarikat "Sampaikan Walaupun 1 Ayat" dan "GrabNgaji Malaysia". Berkonsepkan 3I ( Interaktif, Intensif dan Informatif ), GrabNgaji dirangka khas untuk memudahkan masyarakat mencari dan mendalami ilmu Al-Quran. GrabNgaji disusun secara profesional lengkap dengan sistem dan silibus yang diolah secara sistematik menuju operasi secara korporat. Walau bagaimana pun, nilai agama, kekeluargaan dan budaya tolong menolong tetap menjadi keutamaan. Antara visi dan misi GrabNgaji ialah:

VISI
Manusia seluruh dunia menjadi sebaik ummah. Nabi Muhammad SAW bersabda, yang bermaksud :
"Sebaik-baik kalian adalah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya"
HR Bukhari

    MISI
  • Menghubungkan sesama manusia melalui Al-Quran.
  • Modal insan berteraskan wahyu.
  • Dunia PanduanNgaji.

GrabNgaji juga merupakan program bagi menjana pembangunan dakwah Al-Quran Sampaikan Walaupun 1 Ayat. Produk dan Servis GrabNgaji adalah usaha kecil untuk mengembangkan dakwah percuma kepada masyarakat. Putrajaya, Melaka, Shah Alam dan Sabah antara lokasi terawal bermulanya siri program dakwah Al-Quran secara terus kepada masyarakat. Kuliah tadabbur, Klinik Al-Quran dan juga pelbagai program Al-Quran lain direncana untuk membawa diri, keluarga dan masyarakat untuk memahami mesej Al-Quran.
Terdapat 3 produk yang disediakan oleh GrabNgaji iaitu GrabNgaji tilawah, tadabbur dan tahfiz.

Dari asas kosong hingga ke seterusnya
Pilhan surah mengikut kekuatan sendiri
Faham Al-Quran dengan santai dan berhikmah
Keseronokan belajar Al-Quran dengan pelbagai modul kreatif yang interaktif ( Iqra, Al-Quran, Tajwid, Hafazan, Fardhu Ain )
Sertai Kami Sebagai GuruNgaji

GrabNgaji Malaysia sedang mempunyai perkembangan yang baik seluruh Malaysia. Oleh itu, kami sangat mengalukan jika anda ingin meyertai bersama menyampaikan Al-Quran kepada masyarakat di Malaysia. GrabNgaji Malaysia mula ditubuhkan sekitar Mei 2017 dengan menawarkan perkhidmatan mencari dan menghantar CikguNgaji ke rumah pelajar yang membuat permintaan kelas di lokasi pilihan mereka, pada masa yang mereka tetapkan.
Klik Di sini